Jumat, 25 April 2008

tergamak kau......

walaupun esok ada mentari.apakah secerah hari ini.harap begitulah dan moga mudahlah perjalanan hidupku.berat benar langkah.rela dalam pasrah yang aku harap-harapkan tak kesampaian.ku tinggalkan semalam yang indah.sememangnya itu tak ku duga.lamanya berkasih.indahnya berjanji.sanggup sehidup semati.ucapan semalam kini berlainan.kau yang dulu ku kenali menjadi duri.tergamaknya hatimu sayang,menciptakan luka pada aku yang setia.dahulu kau bisik kalimah.walau apa terjadi kasih tak berubah.mungkin tika itu aku berharta.cahaya cintamu bersinar rekaan cuma.mengertilah ku kini.kasih sayang sekarang semuanya memandang kebendaan.andainya kedaifan dan rupa pula kurang,tiada siapa sudi memandang walau sebelah mata.begitulah aku ini kau umpamakan.di kaca matamu aku menyusahkan.tergamak kau.........

aku

aku yang orang kenal berlainan dengan aku yang sebenar? mengapa? sebab aku adalah aku. tak perlu tahu siapa aku sebenarnya. biar aku sendiri dan ALLAH saja yang tahu.aku tak secantik orang lain tapi cukup segala sifat yng ALLAH beri. alhamdulillah.kalau pun ada kekurangan lain,mungkin hanya cara pertuturan yang tak berapa fasih yang menjadi ejekan orang lain.namun aku tetap positif.

amanah

janji adalah satu amanah yang wajib ditunaikan.walau apa pun janji itu,penting atau tidak,tetap wajib dilaksanakan.ini kerana dalam sebuah hadith ada menyatakan bahawa satu daripada tanda munafik ialah apabila seseorang berjanji,ia memungkiri janji.